Thursday, January 31, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Assalamualaikum,

Haa...nak cite ckit nih...x terlewat kan kalau aku buat posting tentang novel islamik pembangun jiwa"Ayat-Ayat Cinta"(AAC)..f.y.i aku baru je abis baca novel ni yang aku pinjamkan dr memberku...
Sebenarnya novel ni dah tersebar luas keindahan & daya tarikannya masa aku sekolah dulu(taun lepas je)tapi disebabkan masa yang singkat...aku x berpeluang langsung nak membaca novel nih...


Komen aku ttg novel ini...memberi semangat & dorongan untuk sentiasa percaya kepada Allah yang byk ditonjolkan melalui watak utamanya seorang mahasiswa Al-Azhar,Fahri yang berasal dr Indonesia..serta watak-watak lain seperti Maria,Aisha,Nurul,Noura dll
Byk elemen persaudaraan dan kekeluargaan yang ditonjolkan...sama ada silaturahim antara sesama islam & bukan islam...

Dalamnya juga terselit pelbagai ayat Al-Quran yang bermakna,hadis-hadis,potongan syair,kata-kata hikmah dan kisah-kisah teladan..

Dan yang paling utama...novel ini turut mengisahkan batas2 hubungan antara lelaki & perempuan yang sgt memberi kesan kepada saya...batasan itu sungguh indah sebenarnya jika mahu mendapat keredhaan dr Allah..insya Allah

Cinta kerana Allah juga byk ditunjukkan melalui watak Fahri,Aisya,Nurul...mereka menanggap budaya couple merupakan pemusnah bagi kebahagiaan di akhirat nanti...bagi merek percintaan selepas perkahwinan merupakan satu anugerah yang x ternilai....

Dengan bahasa nya yang indah & latar yang menarik...mungkin adaptasi filem novel ini akan memberi impak yang lebih kepada para peminat karya Habiburahman el-Shirazy...yang akan ditayangkan pada bulan februari nanti...p/s harap2 la ada kt m'sia..hehe


Trailer AAC

No comments: